Friday, December 24, 2010

Apakah Itu Toksin?




Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran
makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan.
Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit
adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang
itu sakit, sistem badan akan berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan,
mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran
darah akan cuba disingkirkan oleh sistem pertahanan tubuh badan sebelum toksin-toksin
ini merebak ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya!!

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus
seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan
lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping,
makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan,
antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan
kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam
darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.
Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:

Penyakit Kulit

Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan
toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor

Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Penyakit-penyakit lain?
Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksua

No comments:

Post a Comment